Besut
ialah suatu daerah yang berada dinegeri Terengganu. Besut terletak
bersempadan dengan negeri Kelantan iaitu dibahagian utara Besut
dan laut cina selatan pada bahagian timurnya. Daerah Besut berada
di sebelah utara dalam negeri Terengganu. Jerteh adalah pusat bandar
di Besut. Selain itu, pekan besar berada di Kuala Besut. Didaerah
ini mempunyai beberapa pekan kecil seperti Jabi, Apal, dan Kampung
Raja. Besut terbahagi kepada 15 mukim iaitu Keluang, Kuala Besut,
Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Hulu Besut, Jabi, Kerandang, Pelagat,
Lubuk Kawah, Pasir Akar, Tembila, Kampung Raja, Tenang, Kubang Bemban
dan Bukit Kenak. Penduduk besut bertutur menggunakan loghat kelantan.
Di daerah Besut, terdapat juga beberapa tempat menarik yang boleh
dikunjungi pelancong. Antaranya ialah seperti Pulau Perhentian,
Kolam air panas atau dinamakan La Hot Spring Gunung Tebu, Pantai
Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Pantai Dendong, Lata Tembakah dan
Lata Belatan. |