Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Terengganu,
Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter dan Gunung
Tebu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp
Atas. Dengan berlatarbelakangkan Laut China Selatan, keindahan Pulau
Perhentian dapat dilihat dari Puncak Gunung Tebu jika tidak berkabus
tebal.
Keunikan Gunung Tebu ialah di Puncaknya terdapat sebuah kubur dan
tempat yang menjadi pilihan pesilat-pesilat untuk bertapa. Lokasi
Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan iaitu 24 km dari
Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari
Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri
atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung
Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.
Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunung
Tebu. Di sini terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki
perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian.
Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.
Di sini juga para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti
berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Antara kemudahan lain yang
disediakan ialah gerai-gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan
elektrik.
  
|